Syafiq Catering berpengalaman dalam bidang sajian makanan sejak 1999. 
Berbekalkan minat mendalam terhadap masakan, 
Pn Hjh Afifah (founder) mengorak langkah dengan mengambil tempahan untuk majlis kecil-kecilan dan bermulalah episod perniagaan yang semakin hari kian berkembang. 
Kami di Syafiq Catering mementingkan 3 faktor iaitu Kualiti makanan yang terbaik, Kepuasan pelanggan dan Harga yang murah @ berpatutan.
Hubungi kami untuk mendapatkan keterangan yang lebih lanjut. 
Syafiq Ruzukhi : 017-215 4945

Wednesday 29 January 2014

Syafiq Catering @ Saujana Putra

Sempena pernikahan saudari Ain dan pasangan.
Menu:
1. Nasi putih pandan
2. Gulai kawah
3. Sambal udang
4. Sotong goreng tepung
5. Dalca terung
6. Ulam dan sambal belacan
7. Ikan masin tumis darat
8. Buah oren
9. Air kordial

Kami berdoa agar Ain dan pasangan berbahagia hingga ke anak cucu, amin.

Tuesday 21 January 2014

Fadhilat zikir - petikan dari Mudahnya Menjemput Rezeki

"Mahukah aku khabarkan kepada kamu mengenai amalan kamu yang paling baik dan yang paling suci disisi Allah dan yang meninggikan darjat kamu dan yang lebih baik daripada menafkahkan emas dan perak (di jalan Allah) dan yang lebih baik daripada menghadapi musuh di tengah-tengah medan jihad, kamu penggal leher mereka dan atau mereka memenggal leher kamu?" Para sahabat berkata: "Bahkan, apakah itu ya Rasulullah?" Baginda bersabda : "Zikrullah." (Riwayat Imam Ahmad, Tirmizi dan lain-lain)
Antara fadhilat zikir:
1. Zikir menjauhkan syaitan dan menghancurkan kekuatannya
2. Zikir menyebabkan Allah redha
3. Zikir menjauhkan dukacita dan kerisauan di hati
4. Zikir menguatkan hati dan badan
5. Zikir menyebabkan hati dan wajah bercahaya
6. Zikir menarik rezeki

Sesiapa berbuat kebaikan mendapat sepuluh kali ganda amalannya. Dan sesiapa berbuat kejahatan dibalas seimbang dengan kejahatannya. Mereka sedikit pun tidak dirugikan (dizalimi). (Al-An'am 6:160)
Jadi formulanya:
1. Buat baik nisbahnya 1:10
2. Buat jahat nisbahnya 1:1
Bagaimana mendapat 2500 pahala sehari secara mudah:
1. Membaca 'Subhanallah', 'Alhamdulillah', 'Allahuakbar' sebanyak 10kali selepas setiap solat fardu ~ (5x3)x10=1500 pahala
2. Membaca 'Subhanallah' 33x, 'Alhamdulillah' 33x dan 'Allahuakbar' 34x sebelum tidur ~ (33+33+34)x10 = 1000pahala
3. 1500+1000 = 2500 pahala/day

Sama-samalah kita amalkan untuk berjaya didunia dan diakhirat. Wallahualam.

Sunday 19 January 2014

Another satisfied customer :)

Alhamdulillah, feedback yg bagus dr sorang lg customer Syafiq Catering, Bro Hakim dr Beranang, anda bila lagi :)

Majlis Resepsi Saudara Hakim @ Bandar Tasik Kesuma

Tanggal 18/1/204, Syafiq Caterinf telah menjayakan majlis resepsi Bro Hakim dan wife di Bandar Tasik Kesuma, Beranang.
Menu list:
1. Nasi minyak
2. Ayam masak merah
3. Daging kurma
4. Dalca
5. Jelatah
6. Kuih koci
7. Teh tarik
8. Air kordial
9. Set khemah medium
Alhamdulillah, tuan rumah berpuas hati dengan majlis yang diadakan. Semoga Bro Hakim dan wife bahagia hingga ke akhir hayat. Amin

Syafiq Catering
0172154945

Wednesday 15 January 2014

Another satisfied customer :)

Alhamdulillah, segala penat lelah lenyap dlm sekelip mata selepas menerima msg penghargaan dr customer , Pn. Dina dr Little Tutee Childcare Centre, insyallah team Syafiq Catering akan mengekalkan quality yang terbaik untuk kepuasan pelanggan kami

Tuesday 14 January 2014

Majlis Maulidul Rasul @ Little Tutee Childcare Centre, Presint 11 Putrajaya

Assalamualaikum, sempena Maulidul Rasul pada tahun ini, Syafiq Catering telah mengadakan majlis di Little Tutee Childcare Centre, Presint 11 Putrajaya.
Menu:
1. Nasi putih
2. Ayam masak merah
3. Ikan dori sweet sour
4. Ulam-ulaman
5. Ikan masin
6. Air kordial

Terima kasih kami ucapkan kepada Pn. Dina dr. Little TuteeChildcare Centre.

Copyright to Syafiq Catering
Designed by UMIESUEstudio 2016