"Mahukah aku khabarkan kepada kamu mengenai amalan kamu yang paling baik dan yang paling suci disisi Allah dan yang meninggikan darjat kamu dan yang lebih baik daripada menafkahkan emas dan perak (di jalan Allah) dan yang lebih baik daripada menghadapi musuh di tengah-tengah medan jihad, kamu penggal leher mereka dan atau mereka memenggal leher kamu?" Para sahabat berkata: "Bahkan, apakah itu ya Rasulullah?" Baginda bersabda : "Zikrullah." (Riwayat Imam Ahmad, Tirmizi dan lain-lain)
Antara fadhilat zikir:
1. Zikir menjauhkan syaitan dan menghancurkan kekuatannya
2. Zikir menyebabkan Allah redha
3. Zikir menjauhkan dukacita dan kerisauan di hati
4. Zikir menguatkan hati dan badan
5. Zikir menyebabkan hati dan wajah bercahaya
6. Zikir menarik rezeki
Sesiapa berbuat kebaikan mendapat sepuluh kali ganda amalannya. Dan sesiapa berbuat kejahatan dibalas seimbang dengan kejahatannya. Mereka sedikit pun tidak dirugikan (dizalimi). (Al-An'am 6:160)
Jadi formulanya:
1. Buat baik nisbahnya 1:10
2. Buat jahat nisbahnya 1:1
Bagaimana mendapat 2500 pahala sehari secara mudah:
1. Membaca 'Subhanallah', 'Alhamdulillah', 'Allahuakbar' sebanyak 10kali selepas setiap solat fardu ~ (5x3)x10=1500 pahala
2. Membaca 'Subhanallah' 33x, 'Alhamdulillah' 33x dan 'Allahuakbar' 34x sebelum tidur ~ (33+33+34)x10 = 1000pahala
3. 1500+1000 = 2500 pahala/day
Sama-samalah kita amalkan untuk berjaya didunia dan diakhirat. Wallahualam.