Syafiq Catering berpengalaman dalam bidang sajian makanan sejak 1999. 
Berbekalkan minat mendalam terhadap masakan, 
Pn Hjh Afifah (founder) mengorak langkah dengan mengambil tempahan untuk majlis kecil-kecilan dan bermulalah episod perniagaan yang semakin hari kian berkembang. 
Kami di Syafiq Catering mementingkan 3 faktor iaitu Kualiti makanan yang terbaik, Kepuasan pelanggan dan Harga yang murah @ berpatutan.
Hubungi kami untuk mendapatkan keterangan yang lebih lanjut. 
Syafiq Ruzukhi : 017-215 4945

Tuesday 21 January 2014

Fadhilat zikir - petikan dari Mudahnya Menjemput Rezeki

"Mahukah aku khabarkan kepada kamu mengenai amalan kamu yang paling baik dan yang paling suci disisi Allah dan yang meninggikan darjat kamu dan yang lebih baik daripada menafkahkan emas dan perak (di jalan Allah) dan yang lebih baik daripada menghadapi musuh di tengah-tengah medan jihad, kamu penggal leher mereka dan atau mereka memenggal leher kamu?" Para sahabat berkata: "Bahkan, apakah itu ya Rasulullah?" Baginda bersabda : "Zikrullah." (Riwayat Imam Ahmad, Tirmizi dan lain-lain)
Antara fadhilat zikir:
1. Zikir menjauhkan syaitan dan menghancurkan kekuatannya
2. Zikir menyebabkan Allah redha
3. Zikir menjauhkan dukacita dan kerisauan di hati
4. Zikir menguatkan hati dan badan
5. Zikir menyebabkan hati dan wajah bercahaya
6. Zikir menarik rezeki

Sesiapa berbuat kebaikan mendapat sepuluh kali ganda amalannya. Dan sesiapa berbuat kejahatan dibalas seimbang dengan kejahatannya. Mereka sedikit pun tidak dirugikan (dizalimi). (Al-An'am 6:160)
Jadi formulanya:
1. Buat baik nisbahnya 1:10
2. Buat jahat nisbahnya 1:1
Bagaimana mendapat 2500 pahala sehari secara mudah:
1. Membaca 'Subhanallah', 'Alhamdulillah', 'Allahuakbar' sebanyak 10kali selepas setiap solat fardu ~ (5x3)x10=1500 pahala
2. Membaca 'Subhanallah' 33x, 'Alhamdulillah' 33x dan 'Allahuakbar' 34x sebelum tidur ~ (33+33+34)x10 = 1000pahala
3. 1500+1000 = 2500 pahala/day

Sama-samalah kita amalkan untuk berjaya didunia dan diakhirat. Wallahualam.

No comments:

Copyright to Syafiq Catering
Designed by UMIESUEstudio 2016